tag:blogger.com,1999:blog-121445792024-03-13T21:56:00.016-07:00Cikgu Azmi JaaffarLaman Renungan dan Pengajaranazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.comBlogger41125tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-19922111671550176652015-01-07T18:54:00.000-08:002015-01-07T18:54:50.568-08:00Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan

masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk

kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk

penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk

kepadanya kepapaan

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk

kepadanya sembuh dari penyakit

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari

dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada

Allah Taala

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya.

Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita

yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain

ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak

kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita

juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah

itu bersih. Lagi satu, mulakan potong kuku itu mulai dengan Bismillah

dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai

habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu

jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki

pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki

kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada

banyak khilafnya. Wallahu'alam. Begitu indahnya Islam, sampai potong

kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-18078047340334458162009-02-02T08:37:00.000-08:002009-02-02T08:37:01.154-08:0015 PERKARA PENYEBAB BALA'

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; " Bala pasti menimpa ke atas
umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu;

1. Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri dan keluarga),
2. Amanah dianggap ghanimah,
3. Membayar zakat dianggap merugikan,
4. Suami tunduk pada isteri,
5. Durhaka kepada ibu,
6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran,
7. Membenci ayah,
8. Bersuara keras (menjerit-jerit)di masjid,
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya,
10. Orang yang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya,
11. Minunuman arak berleluas,
12. Semakain ramai lelaki memakai sutera,
13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa,
14. Permainan muzik merata-rata,
15. Umat akhir zaman sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan
termasuk para sahabat Nabi s.a.w. dan para imam Muktabar, (menolak fatwa).

Ketika itu turnlah azab berupa angin merah (jerebu) atau gempa bumi,
keruntuhan akhlak atau kemusnahan ekonomi."

Hadis diriwayakan oleh At Turmuzi dari saidina Ali r.a. dari Kitab Irsyadul Ibid Ila ir-Rasyad.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-1568353476642409652009-01-03T10:00:00.000-08:002009-01-03T10:00:00.373-08:00MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH SWT DAN RASUL-NYABersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :

# Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran ( takwil yang menyimpang ).

# Orang yang mendustakan kepada taqdir Allah SWT.

# Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

# Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.

# Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

# Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunnahku. azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-77102004747749507482009-01-02T07:47:00.000-08:002009-01-02T07:47:01.032-08:00DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNGKepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-6593301352237497932009-01-01T08:15:00.000-08:002009-01-01T08:15:00.585-08:00RUMAH KECILBukan sekadar renungan...

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,
Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-36866817629720574462008-12-31T22:00:00.000-08:002009-01-01T08:02:07.855-08:00BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANUSIADiriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya ialah antara jarak langit dengan bumi manakala lebarnya ialah antara timur ke barat. Setelah ia keluar maka malaikat Jibril a.s pun bertanya : Wahai Huraisy !!! Kamu hendak ke mana dan mahu mencari siapa ? Jawab Huraisy : Aku ingin mencari lima jenis manusia iaitu :

# Orang yang tidak mengerjakan solat.

# orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

# Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.

# Orang yang suka meminum arak.

# Orang yang suka bercakap di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan. azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-30742324731297812872008-12-30T08:18:00.000-08:002009-01-01T08:05:02.583-08:004 Orang lelaki.......Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka? na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

pertama:-ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

kedua:-suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ketiga:-abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

keempat:-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Wahai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas..

Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap
kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-45253693981267816362008-12-29T21:51:00.000-08:002009-01-01T08:04:19.368-08:00JALAN KE SYURGA PENUH DURIPerjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan.Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilihkesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kitauntuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat."Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. . azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-36158766488812639102008-12-28T21:32:00.000-08:002008-12-28T21:32:57.348-08:00Perempuan pisau cukur

1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

Artikel ini diperolehi dariVirtual Friendazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-14986495864610953902008-12-27T06:23:00.000-08:002008-12-27T06:41:28.209-08:00SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEHLelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan
yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa
berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong
kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki
soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T.
dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa
sahaja.
Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat
dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait
rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah
keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh
amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu
tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih
jauh dan mendalam dari itu senua.Antara hal-hal yang harus dilihat dan
dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang
bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita
dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN
DAN AL HADIS..............

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah
S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi
segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1.MENCARI NAFKAH..........

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihandalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya..Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi
perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada
keluarga, agama,bangsa dan agamanya.Inilah esbabnya lelaki diangkat
menjadi pemimpin bagi kaum wanita.Oleh itu, seorang lelaki muslim,
lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib
bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia
haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
S.W.T.Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira
dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat
tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk
mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan
semata-mata. Dengan cara ini,usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya
didunia dan akhirat.

Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau
akan UNTUNG semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka
engkau akan RUGI semuanya.

Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya
dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga
tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,maka Allah dan RasulNya
memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan
tidur yang nyenyak.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh
yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang
dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T
dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak
membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula
bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2.Berjihad Fisabililah

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama
Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah
dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.Inilah yang dimaksudkan
dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau
terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh.Tidak terdapat
alternatif lain kecuali satu antara dua YUQTAL AU YAGHLIB yakni
TERBUNUH atau MENANG.

3.Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari
peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat
Islam.Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak
balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan
sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah
ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah
yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang orang
yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.Mereka
berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi
mereka.

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang
tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama samaada secara langsung
ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4.Memimpin,mendidik dan berlaku baik terhadap isteri......

MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri
yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya
menjadi isteri solehah.

2.Menangani isteri yang boduh dan keras kepala dengan bijaksana
sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia
mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan,lelaki soleh tidak akan cepat
melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa
mengambil kira perasaan orang lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan
cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk
dari Allah S.W.T.Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan
buat selama lamanya.

B.Berlaku baik terhadap isteri

Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama
isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan
sentiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab
dalam menguruskan urusan rumahtangga,dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah:
Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang
yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik
diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah)

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
c: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

rujukan: Lelaki Soleh oleh Abu Mohd. Jibril Abd Rahmanazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-61557138834921478002008-12-26T06:03:00.000-08:002009-01-01T08:06:30.570-08:00MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH SWT DAN RASUL-NYABersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :
# Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran ( takwil yang menyimpang ).

# Orang yang mendustakan kepada taqdir Allah SWT.

# Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

# Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.

# Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

# Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunnahku. azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-36703946931484955052008-12-25T05:46:00.000-08:002009-01-01T08:07:59.320-08:00RUMAH KECILBukan sekadar renungan...

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-6314628518924653452008-12-24T05:42:00.000-08:002009-01-01T08:12:58.092-08:00CERITA TAULADANLapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga
ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu
pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan
tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul
saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan
wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma
duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun
lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."
Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei
semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan
menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah
yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula
kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali
ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya. "Tapi bang..."

"Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.
Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah
melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia
akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia
hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke
tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas
bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti
Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah,
sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras
kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.
Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. BUkan semua yang kerja kilang
duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang
kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas
Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi...
aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak
kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian
itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.
Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba
biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi
hanya kepada maknya sahaja. RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila
anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.
Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`,
mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di
sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu
sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta
bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam
seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup
bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni
Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei
melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu
pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi
abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei
terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit
kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei
berpaling pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur
berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."
"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri
baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang
menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei
terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak
payah saya tunggu
lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak
ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik
meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar
kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan
faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang
selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai
kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah
bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat
ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan
anak. PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah
tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat
anaknya itu
menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan
abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni
abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma
anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan
tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia
mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang
membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri
mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian
menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar
Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya
melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ
pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam
laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah
uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua
ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti." Intan
memasukkan duit itu dalam
genggaman Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan
duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan
abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan
selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan
baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah
selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat
abah.

Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak
Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang
sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan
memerhatikan
airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima
kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu
bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya
anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil
mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit
lagi. Intan
gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka
memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil
mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira
bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. "Dah
rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak
membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak
itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang
Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil
memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan
permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis
sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak
Uwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."
Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu
lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa
bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau
terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu
dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman
yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz
cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena
aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak
pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada
cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum
dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman
dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.
Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada
menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik
ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu
Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya
terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain
batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar
abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.

"Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan
melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di
tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun
dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji
dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala
salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia
minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan
abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu
lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia
ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

p/s Cerita nie saya ambil dari email yang dihantar oleh sahabat saya, pengarangnya saya tak pasti....azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-86396249521823469112008-11-20T15:59:00.000-08:002009-01-01T08:14:52.561-08:0040 KESILAPAN IBU BAPARenungilah....Moga mendapat kebaikan...

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-8705270166392419412008-11-15T15:54:00.000-08:002008-11-15T15:59:05.657-08:00BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKANAmbillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & imanazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-7432265771667638882008-11-15T15:47:00.000-08:002008-11-15T15:50:32.677-08:00Pengajaran dari satu penamparAda seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke
tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI
ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu
dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam
abadi.'azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-36857440916566527042008-11-11T08:02:00.000-08:002008-12-27T05:11:12.227-08:00KENAPA MANUSIA TIDAK CEMERLANG1. TIDAK KENAL KEHEBATAN DIRI
2. TIADA MATLAMAT YANG JELAS
3. IMEJ DIRI YANG NEGETIF
4. DIPENGARUHI PERSEKITARAN
5. TIDAK TAHU HENDAK MENDORONG
6. DIKUASAI PEMIKIRAN NEGETIF
7. MEMPUNYAI SENTIMEN YANG SALAH TERHADAP PERKARA YANG DILAKUKAN
8. TIDAK BERDOAazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-12548548960511359972008-11-11T07:53:00.000-08:002008-12-27T05:22:01.509-08:00PENGENALAN DIRINama sebenar : Hamba Allah
Gelaran : insan
Berasal : tanah
Alamat : planet bumi

Distinasi :.....
Date:.....belum pasti

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
TEMPAT BERLEPAS : kehidupan dunia
TEMPOH PERJALANAN : cuma seketika dan berberapa meter dari perut bumi
DESTINASI : akhirat
MASA BERLEPAS : ketika didatangi malaikat
MASA HADIR : ketika dan selepas nyawa dicabut
BENTUK TEMPAHAN : tetap; pasti dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
1. Ditujukan kepada semua punumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat.

2. Silaperhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.

3. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut dari al-quran dan hadis rasulullah serta memahaminya dengan berhati-hati.

4. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan

BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN
1. 5 meter kain kafan
2. kapas putih secukupnya
3. muatan lain yang di pertimbangkan
amal soleh
sedekah jariah
anak soleh yg doakan ibubapanya
ilmu yang bermanfaat

PERHATIAN!!! Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.sesiapa yang tidak mematuhinya..akan dihukum

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport dan tidak ada kedua-duanya hendaklah bersiap sedia utk berlepas Setiap SAAT jika tidak mahu sebarang kesusahan .

DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yg tetap dan pasti...yang tidak perlu diingatkan lagi.. tapi atas dasar peringatan kepada semua..maka kami menulis untuk anda semua..hendaklah mengambil perhatian sewajarnya

last sekali....
Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menabur khidmat kepada anda semua.Semoga bergembira dengan perjalanan yg menarik sesuai dengan firman Allah surah Kahfi

Ertinya... "barang siapa yang mengharapkan
perjumpaan yang baik dengan tuhannya..maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik.. janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-34776432121835920432008-11-11T07:46:00.000-08:002008-12-27T07:21:15.391-08:00Antara Ciri2 Isteri Terbaik1. Sifat yg lemah lembut tetapi tegas.
2. Berperibadi yg mulia. Akhlak yg baik dan sentiasa senyum.
3. Sentiasa lembut hati. Senang berubah. Senang ditegur.
4. Pemurah dlm segala hal. Senyum, tenang dan lain-lain.
5. Bercakap bahasa yg baik sahaja dan menyenangkan hati org lain terutama sekali hati suami.
6. Bertenaga dan bersemangat.
7. Pandai mendengar.
8. Jaga image diri.

[Utzh. Zawiyah Hassan]azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-28023902860768655372008-11-11T07:45:00.000-08:002008-12-27T05:17:39.760-08:00BERKAT KEJUJURANSyeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

MORAL & IKTIBAR

* Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
* Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
* Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain
* Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allahazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-15107713500941100362008-11-10T22:01:00.000-08:002008-11-12T10:33:55.759-08:00RANCANGLAH WANG ANDA!!!!!!!!!PERANCANGAN paling bagus pun tidak akan mendatangkan sebarang manfaat jika tidak diambil sebarang tindakan. Membuat sesuatu perancangan itu memang agak mudah, namun untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangkakan. Ia perlukan masa, disiplin dan komitmen diri untuk memastikan segala yang dirancang itu berjalan lancar dan berada di landasan yang tepat.
Begitu jugalah dalam menentukan haluan kedudukan kewangan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin mewah hasil pembangunan negara yang berterusan, perancangan kewangan menjadi satu keperluan dalam hidup. Segalanya bermula dengan perancangan, wawasan kewangan bagi menentu kedudukan kewangan pada masa depan.
Apakah itu perancang kewangan? Perancang kewangan adalah satu proses - satu strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah bertanya pada diri, pada kedudukan manakah anda berada. Berapakah nilai aset anda dan juga wang simpanan yang ada? Kemudian lihat pula pada liabiliti ataupun hutang-piutang anda, perlindungan diri, aliran tunai, pelaburan, pelan persaraan, perancangan estet (wasiat) dan juga perancangan untuk mencapai matlamat dan objektif hidup anda.
Dalam membuat perancangan kewangan ini, ramai yang hanya menekankan mengenai aspek simpanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai aspek lain. Untuk melihat kesihatan ekonomi sendiri,semua aspek ini perlu diteliti. Simpanan saja perlu ada matlamatnya sama ada tabungan itu untuk kegunaan kecemasan, pendidikan anak ataupun persaraan. Sementara bagi orang bujang pula mungkin tumpuan simpanan mereka sebagai persediaan berumah tangga, membeli kenderaan ataupun kediaman.
Setiap orang itu mempunyai matlamat berbeza bergantung pada tahap usia. Orang muda lain matlamatnya. Yang baru berkahwin berbeza matlamatnya dengan mereka yang sudah lama berkahwin dan mempunyai anak yang sedang bersekolah. Yang masih bekerja lain pula dibandingkan dengan mereka yang sudah bersara. Pendeknya, berbeza orang dan tahap umur, berbeza keinginan dan matlamat kewangan mereka.
Masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti dan ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengikut saja arus kehidupan. Tidak menghairankan jika kebanyakan daripada kita sama saja keadaannya. Paling menyedihkan ada kalangan masyarakat yang sudah bertahun-tahun bekerja masih tidak mempunyai sebarang simpanan.
Gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan. Dalam kehidupan masa kini yang serba-serbinya naik, pendapatan diterima tidak pula selaras dengan peningkatan kos kehidupan. Tambah memburukkan keadaan dengan himpitan inflasi membuatkan nilai wang semakin rendah. Memang amat terasa apabila harga barangan dan juga perkhidmatan lain meningkat sedangkan pendapatan masih juga tidak berkembang.
Justeru apakah yang patut anda lakukan? Mampukah anda membuat perancangan dalam keadaan kedudukan ekonomi yang semakin menghimpit? Apapun keadaannya, perancangan kewangan anda itu perlu diteruskan. Mulakan langkah pertama dengan menyimpan.
Jika tidak mampu memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan anda sebagai tabungan, simpan saja seberapa yang boleh mengikut kemampuan. Ada yang bermula dengan RM50 ataupun RM100 sebulan. Sekalipun jumlahnya kecil, bayangkan RM50 sebulan itu dalam tempoh setahun akan berkembang kepada RM600, manakala jika RM100 pula akan berkembang RM1200.
Wang adalah satu bentuk tenaga. Anggap simpanan anda itu sebagai ibu duit. Selepas melihat wang anda berkembang dari semasa ke semasa, anda berasa ingin terus menyimpan dan tidak sabar untuk melihat wang anda berkembang lebih cepat. Keinginan itu akan memaksa anda untuk terus menyimpan sehingga ia membentuk satu tabiat yang sukar untuk ditinggalkan.
Mulakan perancangan wang anda hari ini, Semoga berjaya dan mendapat manfaat.......

Buku yang perlu anda baca....amat bernilai bagi saya, terima kasih Mr. Hamdy

RANCANG HIDUP RANCANG WANG
Perkongsian pengalaman mengenai pembangunan diri, perancangan kewangan dan pendidikan anak anak berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya. BUKU BARU TERBIT- RANCANG HIDUP RANCANG WANG RM18. 112 TOPIK KEHIDUPAN. (Sila email hamdy065@yahoo.com atau 0133696712. Boleh didapati di kedai MPH atau www.mph.com.my atau bankin di akaun maybank saya 562106051253 Haron Mohd Yusof, kemudian sms alamat kpd dia).azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-36867535743833478312008-11-10T21:59:00.001-08:002008-12-27T07:26:21.444-08:00TUJUH KEMUNGKINAN JIKA ANDA TERLALU BAKHILPetikan dari kata-kata Saidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini :

# Allah SWT memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

# Allah SWT akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan sebagainya.

# Setelah dia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka yang mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

# Allah SWT akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

# Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya lagi.

# Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

# Allah SWT meninggikan syahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya. azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-47598381159619413142008-11-10T21:59:00.000-08:002008-11-12T11:20:43.480-08:00TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA OLEH ALLAH SWTSeorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :

# Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

# Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

# Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

# Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-39238988402803351032008-11-10T21:58:00.000-08:002008-12-27T05:32:12.712-08:00MANUSIA DALAM KERUGIANDemi Masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.
Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu: 1.mereka yang beriman 2.beramal soleh 3.menasihati atas kebenaran dan 4.menasihati atas kesabaran
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran danjuga atas kesabaran.
1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga disebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.
Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.
2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapisayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.
Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untukmelakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.
Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya,semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.
Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidakmeninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orangmampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Adaulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklahterlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan.Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Inibermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.
Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:

Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya), dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga. (Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukankita rasakan akibatnya nanti

Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang samameninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang.
3. Golonganketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yangmembela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenarandalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya.Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. Mengajar danmenyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugasdakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilahmanusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan initidak mempunyai nilai di sisi Allah.
Apasebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:
Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)
Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laailaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya.
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.
Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat. Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidakberbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidakbercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM. Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyikmemperkatakanatau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatanaqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.
Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perluberterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.
4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhiryang beruntung dan tidak akan rugi.Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Diantara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis.Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.azmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-12144579.post-98516856504179732008-11-10T21:03:00.000-08:002008-11-10T21:17:14.517-08:00Petua Imam Syafie4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat Perkara menguatkan badan
1- makan daging
2- memakai haruman
3- kerap mandi
4- berpakaian dari kapas

Empat Perkara melemahkan badan
1- banyak bekelamin [bsetubuh]
2- selalu cemas
3- banyak minum air ketika makan
4- banyak makan bahan yg masam

Empat Perkara menajamkan mata
1- Duduk menghadap kiblat
2- Bercelak sebelum tidur
3- Memandang yang hijau
4- Berpakaian bersih

Empat Perkara merosakkan mata
1- Memandang najis
2- Melihat org. dibunuh
3- Melihat kemaluan
4- Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
- tidak banyak berbual kosong
- rajin bersugi [gosok gigi]
- bercakap dgn. Org. soleh
- bergaul dgn. Para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk Memudahkan terjaga untuk solat malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

4. TIDUR SYAITAN

menelungkup seperti tidurnya ahli nerakaazmihttp://www.blogger.com/profile/16142543794612098856noreply@blogger.com0