Saturday, April 23, 2005

Memahami Biologi

Memahami Biologi

1. Biologi merupakan bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan.
2. Bidang kajian biologi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang seperti dipaparkan pada jadual di bawah.

Virologi - mengkaji virus
Antamologi - mengkaji serangga
Anatomi - mengkaji struktur organisma
Ekologi - mengkaji alam sekitar
Zoologi - mengkaji haiwan
Botani - mengkaji tumbuhan
Histologi - mengkaji tisu
Mikrobiologi - mengkaji mikroorganisma
Genetik - mengkaji pewarisan

3. Kaedah mengkaji Biologi melibatkan kemahiran saintifik, kaedah saintifik dan sikap saintifik.
4. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
5. Kaedah saintifik merupakan proses memperoleh pengetahuan biologi melalui penyiasatan yang sistematik dan saintifik.
6. Secara amnya, kaedah penyiasatan saintifik dilakukan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan seperti susunan di bawah
a) Mengenal pasti masalah
b) mengenalpasti pembolehubah
c) membuat hipotesis
d) mengawal pembolehubah
e) merancang penyiasatan
f) merekodkan data/keputusan
g) menganalisis data
h) mentafsir data
i) membuat kesimpulan
j) membuat pelaporan

Catatan:
Hipotesis menerangkan hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

Thursday, April 21, 2005

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan

1. Belajar hendaklah dijadikan sebagai satu kegemaran kerana ini boleh membantu
anda belajar dengan mudah dan seterusnya berjaya peperiksaan SPM.
2. Anda harus mengembangkan sikap positif terhadap mata pelajaran sains.
3. Selalu menghadiri kelas.
4. Mendengar dengan teliti dan mengingat apa yang diperkatakan oleh guru sains.
5. Buatlah nota sendiri.
6. Menjalani semua eksperimen yang diperlukan oleh sukatan pelajaran sains.
7. Menghabiskan semua latihan dan laporan amali pada masa yang ditetapkan.
8. Melibatkan diri dalam aktivti-aktiviti persatuan seperti kuiz, pameran, dan reka cipta.
9. Selalu membaca bahan mengenai sains.
10. Membuat ulang kaji sepintas lalu tentang apa yang diajari oleh guru dalam tempoh masa 24 jam.
Pengurusan masa

1. Pengurusan masa yang bijaksana dan cekap boleh menbantu anda dalam usaha
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
2. Anda mesti sedar berapa banyakkah masa terluang yang anda ada dalam sehari.
Kemudian sediakan jadual tahunan dan jadual mingguan.

i. Jadual Tahunan
Jadual tahunan membolehkan anda mendapat satu pandangan tentang
rancangan masa anda untuk satu tahun. Jadual ini juga menberitahu anda
tentang waktu ujian/peperiksaan, waktu cuti penggal dan lain-lain.
Jadual tahunan menbolehkan anda menbuat persediaan yang mencukupi
untuk menghadapi peperiksaan dan bukan belajar tergesa-gesa satu atau dua bulan sebelum peperiksaan.

ii. Jadual Mingguan
Jadual ini membolehkan anda merancang masa bagi membuat kerja rumah,
mengulang kaji dan lain-lain.
Teknik membaca

1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bahan bacaan.
2. Amalkan tingkah laku yang boleh mempercepatkan pembacaan. Baca idea dan bukan
setiap perkataan.
3. Tidak perlu menyebut semua perkataan kerana cara ini akan melambatkan kadar
bacaan.
4. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca.
5. Sambil membaca, kaitkan bahan yang dibaca dengan kegunaan bahan itu dalam
kehidupan seharian.
6. Jangan belajar berterusan untuk jangka masa yang panjang. Berehat 10 minit selepas
membaca 30-50 minit.
Teknik mencatat nota

1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru.
2. Catat di atas buku catatan nota yang khas.
3. Catatan haruslah mengandungi isi-isi penting yang jelas dan mudah dibaca.
4. Semak dengan kawan anda untuk memastikan anda tidak tertinggal sebarang isi penting.
Teknik belajar/mengulang kaji

1. Anda boleh memilih teknik belajar sendiri atau belajar dalam kumpulan kecil.
2. Elakkan tempat dan suasana persekitaran yang boleh menggangu anda belajar.
3. Anda harus menyelesaikan segala latihan yang diberikan oleh guru.
4. Mengulang kaji pelajaran setiap hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad.
5. Aktiviti mengulang kaji meliputi aktiviti membaca, mengingat dan menulis.
6. Sentiasa cuba menjawap soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Ini membolehkan anda menilai pemahaman serta keberkesanan pembelajaran anda untuk menghadapi
peperiksaan SPM.
7. Bertanya kepada guru dan kawan anda apabila menghadapi sebarang kemusykilan.
8. Membahagi-bahagikan masa dengan teratur dan wajar uantuk belajar, berehat, dan
bermain. Jangan belajar sehingga menjejaskan kesihatan anda.

Wednesday, April 20, 2005

Ke arah Cemerlang Biologi

TIP UNTUK MENJAWAB SOALAN

1. Ada kemahiran mencerakin soalan
Memahami kehendak soalan dengan menganalisa soalan.
•Mencari idea utama/persoalan pokok/hasrat pembina soalan
•Mencari tugasan kepada soalan yang biasanya ditulis dengan menggunaan perkataan tanda soal,
•Mencari maklumat kepada idea utama
Ini merupakan petunjukkan kepada jawapan/penghad kepada tuggasan/penentu kepada fakta yang mesti diambil kira.

2. Kenalpasti tugasan saolan
•Tugasan umum - jawab secara umum
•Tugasan khusus - jawab secara kursus

3. Istilah/nama khas
•Dieja betul dan tepat
•Penggunaan istilah betul

4. Tugasan ada bilangannya
•Jawab sebanyak yang diminta

5. Tugasan Kiraan/hitungan
•Tunjukkan formula
•Buat gantian
•Buat kiraan
•Tuliskan hasil dan unit

6. Persamaan tindakbalas
•Tulis dalam perkataan
Contoh:
A + B Þ C + D
(substrat) Þ (hasil)

7. Soalan berkaitan dua atau lebih soalan
•Pastikanjawapan pertama betul; jika tidak pasti biarkan tanpa jawapan
•Jawapan pertama akan mempengaruhi jawapan soalan berikutnya

8. Tiada ayat/fakta/kenyataan/frasa yang salah bersama ayat/fakta
yang betul

9. Jawapan ringkas, pendek dan padat bagi mengelak penjelasan yang salah

10. Maksud/definasi lengkap seperti ayat dalam Dictonary of
Biology

11. Tugasan pengkelasan dibuat dalam jadual.

12. Melengkapkan/menanda rajah/data/grarf
•Pastikan dibuat di atas rajah asal pada kertas soalan.

13. Melakar graf
•Namakan paksi
•Berikan skala pada paksi
•Berikan unit pada paksi
•Pindahkan kesemua titik
•Lakarkan graf dengan garis licin
•Lakar jenis graf yang betul (graf lurus/lengkok/carta/ bar/histogram)

14. Melukis gambarajah
•Bersih, jelas dan kemas
•Saiz sama atau melebihi 6 cm x 6 cm
•Kadar bahagian yang betul
•Lukis garis licin
•Label dengan tepat
•Penunjukkan label tidak bersilang
•Jika radas ujikaji, mesti radas yang berfungsi

KERTAS 1
•Anika Pilihan

KERTAS 2
•BAHAGIAN A: Struktur
•BAHAGIAN B: Esei Respon Terhad
•BAHAGIAN C: Esei Respon Terbuka

KERTAS 3
•Soalan 1: Struktur
•Soalan 2: Merancang Eksperimen

Saturday, April 16, 2005

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog ini dibuat untuk membantu serba sedikit pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran subjek biologi. Saya akan cuba membimbing dan memberi bantu yang termampu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.

Diharapkan pelajar-pelajar mengambil kesempatan untuk bertanyakan apa-apa masalah berkaitan dengan biologi tingkatan 4 dan 5, insyallah, jika saya tidak mampu untuk menjawabnya saya akan panjangkan masalah pelajar-pelajar tersebut kepada guru yang lebih arif.

Kepada pelajar-pelajar semua cikgu ucapkan semoga beroleh kejayaan yang diimpikan.