Cikgu Azmi Jaaffar

Laman Renungan dan Pengajaran

My Photo
Name:
Location: Segamat, Johor, Malaysia

Monday, February 02, 2009

15 PERKARA PENYEBAB BALA'

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; " Bala pasti menimpa ke atas
umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara iaitu;

1. Mereka yang berkuasa mencari keuntungan (diri dan keluarga),
2. Amanah dianggap ghanimah,
3. Membayar zakat dianggap merugikan,
4. Suami tunduk pada isteri,
5. Durhaka kepada ibu,
6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran,
7. Membenci ayah,
8. Bersuara keras (menjerit-jerit)di masjid,
9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya,
10. Orang yang ditakuti (dihormati) kerana kejahatannya,
11. Minunuman arak berleluas,
12. Semakain ramai lelaki memakai sutera,
13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa,
14. Permainan muzik merata-rata,
15. Umat akhir zaman sewenang-wenangnya mengutuk umat-umat permulaan
termasuk para sahabat Nabi s.a.w. dan para imam Muktabar, (menolak fatwa).

Ketika itu turnlah azab berupa angin merah (jerebu) atau gempa bumi,
keruntuhan akhlak atau kemusnahan ekonomi."

Hadis diriwayakan oleh At Turmuzi dari saidina Ali r.a. dari Kitab Irsyadul Ibid Ila ir-Rasyad.

Saturday, January 03, 2009

MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH SWT DAN RASUL-NYA

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :

# Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran ( takwil yang menyimpang ).

# Orang yang mendustakan kepada taqdir Allah SWT.

# Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

# Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.

# Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

# Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunnahku.

Friday, January 02, 2009

DOSA IBARAT LALAT DAN GUNUNG

Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..

Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.

Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?

Hisablah diri sebelum kita dihisab.

Thursday, January 01, 2009

RUMAH KECIL

Bukan sekadar renungan...

Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,
Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Wednesday, December 31, 2008

BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANUSIA

Diriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya ialah antara jarak langit dengan bumi manakala lebarnya ialah antara timur ke barat. Setelah ia keluar maka malaikat Jibril a.s pun bertanya : Wahai Huraisy !!! Kamu hendak ke mana dan mahu mencari siapa ? Jawab Huraisy : Aku ingin mencari lima jenis manusia iaitu :

# Orang yang tidak mengerjakan solat.

# orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

# Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.

# Orang yang suka meminum arak.

# Orang yang suka bercakap di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.

Tuesday, December 30, 2008

4 Orang lelaki.......

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka? na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

pertama:-ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

kedua:-suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ketiga:-abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

keempat:-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Wahai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas..

Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap
kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji
dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Monday, December 29, 2008

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan.Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilihkesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kitauntuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat."Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .