Saturday, December 10, 2005

Satu kisah untuk renungan

Mungkin kita semua akan sampai ke tahap ini pada satu hari nanti............

Seorang suami tua menyuruh isterinya yang juga tua pergi ke dapur.
Suami: Buatkan kopi untuk aku.
Isterinya bangun dan menuju ke dapur.
Suami: Nanti dulu. Ambil kertas dan pensil. Tulis 'kopi'. Aku bimbang kamu lupa nanti.
Isteri: Tak, aku tak akan lupa.

Lima minit kemudian isteri datang membawa secawan teh.
Suami: (Melihat teh) Aku dah kata, kamu memang pelupa.
Isteri: Abang minta saya buat apa tadi?
Suami: (Bersuara kuat) Aku kata MILO!!!!! Orang suruh tulis dia tak mau......

Monday, October 17, 2005

Iman...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas NabiAllah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemarmakan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri danrezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumahdan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh MunkarNakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umatIslam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Monday, October 10, 2005

Tanda Maut Menghampiri


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedariole hmereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islamakan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepaswaktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalamigetaran atau seakan-akan mengigil. Contohnyaseperti daging lembu yang baru saja disembelihdimana jika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akanbergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagimereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaranini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidakdiberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengankenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda inimaka ini adalah peluang terbaik untukmemunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan danurusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudahwaktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat persediaannyake atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat mautini akan memperlihatkan wajahnya sekilas laludan jika ini terjadi, mereka yang terpilih iniakan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cumaseorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawayang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanyakepada mereka yang diuji dengan musibahkesakitan di mana orang sakit yang tidakmakan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahikanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesanmaka berpuasalah kita selepas itu supaya perutkita tidak mengandungi banyak najis dan ini akanmemudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti. Ketika ini juga matahitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuhdan ini dapat dikesan jika kita melihatnya daribahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahanjatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan disebelahbelakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimanaini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagianpusat dan ianya akan turun ke pinggang danseterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketikaini hendaklah kita terus mengucap kalimahsyahadah dan berdiam diri dan menantikankedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akanmematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Wednesday, August 10, 2005

Satu Renungan

SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat masjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak di dekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu."Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim Bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim Bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah Ibrahim Bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."Semoga bermanfaat.

Sunday, June 19, 2005

Siapakah orang ......

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang renungan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain. 'life is short... make it sweet!!!~'

Friday, May 27, 2005

KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapiianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.


Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.


Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.


Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.


Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.


Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-


Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.


Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.


Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.


Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-


Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.


Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.


Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.


Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.


Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-


Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.


Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.


Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.


Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.


Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.


Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Friday, May 20, 2005

Ramadhan...

Andai ini Ramadhan terakhir..wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diriwahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hatiwahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadiandai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmusekujur jasad yang bakal berlalu pergitatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawipabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahikematian...adalah sesuatu yang pastiandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu siangnya engkau sibuk berzikirbiarpun anak tekak kering kehausan airtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satuandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu solatmu kau kerjakan di awal waktusolat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba dirimengadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkanhanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dipersiabegitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaanberterawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku jugatidak sanggup untuk ke neraka-MU"oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU iniandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayangayuh ke mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idamanyang lebih berkat dari seribu bulanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu engkau bakal bersedia batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahmanduhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kamijadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati-hati kamimenyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi...semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nantinamun saudara...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuisamada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kalihanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha...bersedia...meminta belas-NYAandai benar ini Ramadhan terakhir buat kita"

Saturday, April 23, 2005

Memahami Biologi

Memahami Biologi

1. Biologi merupakan bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan.
2. Bidang kajian biologi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang seperti dipaparkan pada jadual di bawah.

Virologi - mengkaji virus
Antamologi - mengkaji serangga
Anatomi - mengkaji struktur organisma
Ekologi - mengkaji alam sekitar
Zoologi - mengkaji haiwan
Botani - mengkaji tumbuhan
Histologi - mengkaji tisu
Mikrobiologi - mengkaji mikroorganisma
Genetik - mengkaji pewarisan

3. Kaedah mengkaji Biologi melibatkan kemahiran saintifik, kaedah saintifik dan sikap saintifik.
4. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
5. Kaedah saintifik merupakan proses memperoleh pengetahuan biologi melalui penyiasatan yang sistematik dan saintifik.
6. Secara amnya, kaedah penyiasatan saintifik dilakukan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan seperti susunan di bawah
a) Mengenal pasti masalah
b) mengenalpasti pembolehubah
c) membuat hipotesis
d) mengawal pembolehubah
e) merancang penyiasatan
f) merekodkan data/keputusan
g) menganalisis data
h) mentafsir data
i) membuat kesimpulan
j) membuat pelaporan

Catatan:
Hipotesis menerangkan hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

Thursday, April 21, 2005

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan

1. Belajar hendaklah dijadikan sebagai satu kegemaran kerana ini boleh membantu
anda belajar dengan mudah dan seterusnya berjaya peperiksaan SPM.
2. Anda harus mengembangkan sikap positif terhadap mata pelajaran sains.
3. Selalu menghadiri kelas.
4. Mendengar dengan teliti dan mengingat apa yang diperkatakan oleh guru sains.
5. Buatlah nota sendiri.
6. Menjalani semua eksperimen yang diperlukan oleh sukatan pelajaran sains.
7. Menghabiskan semua latihan dan laporan amali pada masa yang ditetapkan.
8. Melibatkan diri dalam aktivti-aktiviti persatuan seperti kuiz, pameran, dan reka cipta.
9. Selalu membaca bahan mengenai sains.
10. Membuat ulang kaji sepintas lalu tentang apa yang diajari oleh guru dalam tempoh masa 24 jam.
Pengurusan masa

1. Pengurusan masa yang bijaksana dan cekap boleh menbantu anda dalam usaha
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
2. Anda mesti sedar berapa banyakkah masa terluang yang anda ada dalam sehari.
Kemudian sediakan jadual tahunan dan jadual mingguan.

i. Jadual Tahunan
Jadual tahunan membolehkan anda mendapat satu pandangan tentang
rancangan masa anda untuk satu tahun. Jadual ini juga menberitahu anda
tentang waktu ujian/peperiksaan, waktu cuti penggal dan lain-lain.
Jadual tahunan menbolehkan anda menbuat persediaan yang mencukupi
untuk menghadapi peperiksaan dan bukan belajar tergesa-gesa satu atau dua bulan sebelum peperiksaan.

ii. Jadual Mingguan
Jadual ini membolehkan anda merancang masa bagi membuat kerja rumah,
mengulang kaji dan lain-lain.
Teknik membaca

1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bahan bacaan.
2. Amalkan tingkah laku yang boleh mempercepatkan pembacaan. Baca idea dan bukan
setiap perkataan.
3. Tidak perlu menyebut semua perkataan kerana cara ini akan melambatkan kadar
bacaan.
4. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca.
5. Sambil membaca, kaitkan bahan yang dibaca dengan kegunaan bahan itu dalam
kehidupan seharian.
6. Jangan belajar berterusan untuk jangka masa yang panjang. Berehat 10 minit selepas
membaca 30-50 minit.
Teknik mencatat nota

1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru.
2. Catat di atas buku catatan nota yang khas.
3. Catatan haruslah mengandungi isi-isi penting yang jelas dan mudah dibaca.
4. Semak dengan kawan anda untuk memastikan anda tidak tertinggal sebarang isi penting.
Teknik belajar/mengulang kaji

1. Anda boleh memilih teknik belajar sendiri atau belajar dalam kumpulan kecil.
2. Elakkan tempat dan suasana persekitaran yang boleh menggangu anda belajar.
3. Anda harus menyelesaikan segala latihan yang diberikan oleh guru.
4. Mengulang kaji pelajaran setiap hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad.
5. Aktiviti mengulang kaji meliputi aktiviti membaca, mengingat dan menulis.
6. Sentiasa cuba menjawap soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Ini membolehkan anda menilai pemahaman serta keberkesanan pembelajaran anda untuk menghadapi
peperiksaan SPM.
7. Bertanya kepada guru dan kawan anda apabila menghadapi sebarang kemusykilan.
8. Membahagi-bahagikan masa dengan teratur dan wajar uantuk belajar, berehat, dan
bermain. Jangan belajar sehingga menjejaskan kesihatan anda.

Wednesday, April 20, 2005

Ke arah Cemerlang Biologi

TIP UNTUK MENJAWAB SOALAN

1. Ada kemahiran mencerakin soalan
Memahami kehendak soalan dengan menganalisa soalan.
•Mencari idea utama/persoalan pokok/hasrat pembina soalan
•Mencari tugasan kepada soalan yang biasanya ditulis dengan menggunaan perkataan tanda soal,
•Mencari maklumat kepada idea utama
Ini merupakan petunjukkan kepada jawapan/penghad kepada tuggasan/penentu kepada fakta yang mesti diambil kira.

2. Kenalpasti tugasan saolan
•Tugasan umum - jawab secara umum
•Tugasan khusus - jawab secara kursus

3. Istilah/nama khas
•Dieja betul dan tepat
•Penggunaan istilah betul

4. Tugasan ada bilangannya
•Jawab sebanyak yang diminta

5. Tugasan Kiraan/hitungan
•Tunjukkan formula
•Buat gantian
•Buat kiraan
•Tuliskan hasil dan unit

6. Persamaan tindakbalas
•Tulis dalam perkataan
Contoh:
A + B Þ C + D
(substrat) Þ (hasil)

7. Soalan berkaitan dua atau lebih soalan
•Pastikanjawapan pertama betul; jika tidak pasti biarkan tanpa jawapan
•Jawapan pertama akan mempengaruhi jawapan soalan berikutnya

8. Tiada ayat/fakta/kenyataan/frasa yang salah bersama ayat/fakta
yang betul

9. Jawapan ringkas, pendek dan padat bagi mengelak penjelasan yang salah

10. Maksud/definasi lengkap seperti ayat dalam Dictonary of
Biology

11. Tugasan pengkelasan dibuat dalam jadual.

12. Melengkapkan/menanda rajah/data/grarf
•Pastikan dibuat di atas rajah asal pada kertas soalan.

13. Melakar graf
•Namakan paksi
•Berikan skala pada paksi
•Berikan unit pada paksi
•Pindahkan kesemua titik
•Lakarkan graf dengan garis licin
•Lakar jenis graf yang betul (graf lurus/lengkok/carta/ bar/histogram)

14. Melukis gambarajah
•Bersih, jelas dan kemas
•Saiz sama atau melebihi 6 cm x 6 cm
•Kadar bahagian yang betul
•Lukis garis licin
•Label dengan tepat
•Penunjukkan label tidak bersilang
•Jika radas ujikaji, mesti radas yang berfungsi

KERTAS 1
•Anika Pilihan

KERTAS 2
•BAHAGIAN A: Struktur
•BAHAGIAN B: Esei Respon Terhad
•BAHAGIAN C: Esei Respon Terbuka

KERTAS 3
•Soalan 1: Struktur
•Soalan 2: Merancang Eksperimen

Saturday, April 16, 2005

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog ini dibuat untuk membantu serba sedikit pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran subjek biologi. Saya akan cuba membimbing dan memberi bantu yang termampu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.

Diharapkan pelajar-pelajar mengambil kesempatan untuk bertanyakan apa-apa masalah berkaitan dengan biologi tingkatan 4 dan 5, insyallah, jika saya tidak mampu untuk menjawabnya saya akan panjangkan masalah pelajar-pelajar tersebut kepada guru yang lebih arif.

Kepada pelajar-pelajar semua cikgu ucapkan semoga beroleh kejayaan yang diimpikan.