Monday, October 17, 2005

Iman...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas NabiAllah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemarmakan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri danrezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumahdan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh MunkarNakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umatIslam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil:

"
ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Monday, October 10, 2005

Tanda Maut Menghampiri


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedariole hmereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islamakan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepaswaktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalamigetaran atau seakan-akan mengigil. Contohnyaseperti daging lembu yang baru saja disembelihdimana jika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akanbergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagimereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaranini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidakdiberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengankenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda inimaka ini adalah peluang terbaik untukmemunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan danurusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudahwaktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat persediaannyake atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat mautini akan memperlihatkan wajahnya sekilas laludan jika ini terjadi, mereka yang terpilih iniakan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cumaseorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawayang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanyakepada mereka yang diuji dengan musibahkesakitan di mana orang sakit yang tidakmakan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahikanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesanmaka berpuasalah kita selepas itu supaya perutkita tidak mengandungi banyak najis dan ini akanmemudahkan urusan orang yang akanmemandikan kita nanti. Ketika ini juga matahitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orangyang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuhdan ini dapat dikesan jika kita melihatnya daribahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahanjatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan disebelahbelakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimanaini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagianpusat dan ianya akan turun ke pinggang danseterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketikaini hendaklah kita terus mengucap kalimahsyahadah dan berdiam diri dan menantikankedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akanmematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak