Thursday, November 20, 2008

40 KESILAPAN IBU BAPA

Renungilah....Moga mendapat kebaikan...

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Saturday, November 15, 2008

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN

Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke
tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI
ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu
dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam
abadi.'

Tuesday, November 11, 2008

KENAPA MANUSIA TIDAK CEMERLANG

1. TIDAK KENAL KEHEBATAN DIRI
2. TIADA MATLAMAT YANG JELAS
3. IMEJ DIRI YANG NEGETIF
4. DIPENGARUHI PERSEKITARAN
5. TIDAK TAHU HENDAK MENDORONG
6. DIKUASAI PEMIKIRAN NEGETIF
7. MEMPUNYAI SENTIMEN YANG SALAH TERHADAP PERKARA YANG DILAKUKAN
8. TIDAK BERDOA

PENGENALAN DIRI

Nama sebenar : Hamba Allah
Gelaran : insan
Berasal : tanah
Alamat : planet bumi

Distinasi :.....
Date:.....belum pasti

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
TEMPAT BERLEPAS : kehidupan dunia
TEMPOH PERJALANAN : cuma seketika dan berberapa meter dari perut bumi
DESTINASI : akhirat
MASA BERLEPAS : ketika didatangi malaikat
MASA HADIR : ketika dan selepas nyawa dicabut
BENTUK TEMPAHAN : tetap; pasti dan tidak berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
1. Ditujukan kepada semua punumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat.

2. Silaperhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.

3. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut dari al-quran dan hadis rasulullah serta memahaminya dengan berhati-hati.

4. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan


BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN
1. 5 meter kain kafan
2. kapas putih secukupnya
3. muatan lain yang di pertimbangkan
  amal soleh
  sedekah jariah
  anak soleh yg doakan ibubapanya
  ilmu yang bermanfaat

PERHATIAN!!! Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang.sesiapa yang tidak mematuhinya..akan dihukum

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport dan tidak ada kedua-duanya hendaklah bersiap sedia utk berlepas Setiap SAAT jika tidak mahu sebarang kesusahan .

DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yg tetap dan pasti...yang tidak perlu diingatkan lagi.. tapi atas dasar peringatan kepada semua..maka kami menulis untuk anda semua..hendaklah mengambil perhatian sewajarnya


last sekali....
Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menabur khidmat kepada anda semua.Semoga bergembira dengan perjalanan yg menarik sesuai dengan firman Allah surah Kahfi

Ertinya... "barang siapa yang mengharapkan
perjumpaan yang baik dengan tuhannya..maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik.. janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

Antara Ciri2 Isteri Terbaik

1. Sifat yg lemah lembut tetapi tegas.
2. Berperibadi yg mulia. Akhlak yg baik dan sentiasa senyum.
3. Sentiasa lembut hati. Senang berubah. Senang ditegur.
4. Pemurah dlm segala hal. Senyum, tenang dan lain-lain.
5. Bercakap bahasa yg baik sahaja dan menyenangkan hati org lain terutama sekali hati suami.
6. Bertenaga dan bersemangat.
7. Pandai mendengar.
8. Jaga image diri.

[Utzh. Zawiyah Hassan]

BERKAT KEJUJURAN

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.


MORAL & IKTIBAR

* Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
* Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
* Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain
* Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah

Monday, November 10, 2008

RANCANGLAH WANG ANDA!!!!!!!!!

PERANCANGAN paling bagus pun tidak akan mendatangkan sebarang manfaat jika tidak diambil sebarang tindakan. Membuat sesuatu perancangan itu memang agak mudah, namun untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangkakan. Ia perlukan masa, disiplin dan komitmen diri untuk memastikan segala yang dirancang itu berjalan lancar dan berada di landasan yang tepat.
Begitu jugalah dalam menentukan haluan kedudukan kewangan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin mewah hasil pembangunan negara yang berterusan, perancangan kewangan menjadi satu keperluan dalam hidup. Segalanya bermula dengan perancangan, wawasan kewangan bagi menentu kedudukan kewangan pada masa depan.
Apakah itu perancang kewangan? Perancang kewangan adalah satu proses - satu strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah bertanya pada diri, pada kedudukan manakah anda berada. Berapakah nilai aset anda dan juga wang simpanan yang ada? Kemudian lihat pula pada liabiliti ataupun hutang-piutang anda, perlindungan diri, aliran tunai, pelaburan, pelan persaraan, perancangan estet (wasiat) dan juga perancangan untuk mencapai matlamat dan objektif hidup anda.
Dalam membuat perancangan kewangan ini, ramai yang hanya menekankan mengenai aspek simpanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai aspek lain. Untuk melihat kesihatan ekonomi sendiri,semua aspek ini perlu diteliti. Simpanan saja perlu ada matlamatnya sama ada tabungan itu untuk kegunaan kecemasan, pendidikan anak ataupun persaraan. Sementara bagi orang bujang pula mungkin tumpuan simpanan mereka sebagai persediaan berumah tangga, membeli kenderaan ataupun kediaman.
Setiap orang itu mempunyai matlamat berbeza bergantung pada tahap usia. Orang muda lain matlamatnya. Yang baru berkahwin berbeza matlamatnya dengan mereka yang sudah lama berkahwin dan mempunyai anak yang sedang bersekolah. Yang masih bekerja lain pula dibandingkan dengan mereka yang sudah bersara. Pendeknya, berbeza orang dan tahap umur, berbeza keinginan dan matlamat kewangan mereka.
Masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti dan ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengikut saja arus kehidupan. Tidak menghairankan jika kebanyakan daripada kita sama saja keadaannya. Paling menyedihkan ada kalangan masyarakat yang sudah bertahun-tahun bekerja masih tidak mempunyai sebarang simpanan.
Gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan. Dalam kehidupan masa kini yang serba-serbinya naik, pendapatan diterima tidak pula selaras dengan peningkatan kos kehidupan. Tambah memburukkan keadaan dengan himpitan inflasi membuatkan nilai wang semakin rendah. Memang amat terasa apabila harga barangan dan juga perkhidmatan lain meningkat sedangkan pendapatan masih juga tidak berkembang.
Justeru apakah yang patut anda lakukan? Mampukah anda membuat perancangan dalam keadaan kedudukan ekonomi yang semakin menghimpit? Apapun keadaannya, perancangan kewangan anda itu perlu diteruskan. Mulakan langkah pertama dengan menyimpan.
Jika tidak mampu memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan anda sebagai tabungan, simpan saja seberapa yang boleh mengikut kemampuan. Ada yang bermula dengan RM50 ataupun RM100 sebulan. Sekalipun jumlahnya kecil, bayangkan RM50 sebulan itu dalam tempoh setahun akan berkembang kepada RM600, manakala jika RM100 pula akan berkembang RM1200.
Wang adalah satu bentuk tenaga. Anggap simpanan anda itu sebagai ibu duit. Selepas melihat wang anda berkembang dari semasa ke semasa, anda berasa ingin terus menyimpan dan tidak sabar untuk melihat wang anda berkembang lebih cepat. Keinginan itu akan memaksa anda untuk terus menyimpan sehingga ia membentuk satu tabiat yang sukar untuk ditinggalkan.
Mulakan perancangan wang anda hari ini, Semoga berjaya dan mendapat manfaat.......

Buku yang perlu anda baca....amat bernilai bagi saya, terima kasih Mr. Hamdy

RANCANG HIDUP RANCANG WANG
Perkongsian pengalaman mengenai pembangunan diri, perancangan kewangan dan pendidikan anak anak berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya. BUKU BARU TERBIT- RANCANG HIDUP RANCANG WANG RM18. 112 TOPIK KEHIDUPAN. (Sila email hamdy065@yahoo.com atau 0133696712. Boleh didapati di kedai MPH atau www.mph.com.my atau bankin di akaun maybank saya 562106051253 Haron Mohd Yusof, kemudian sms alamat kpd dia).

TUJUH KEMUNGKINAN JIKA ANDA TERLALU BAKHIL

Petikan dari kata-kata Saidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini :

# Allah SWT memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

# Allah SWT akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan sebagainya.

# Setelah dia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka yang mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

# Allah SWT akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

# Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya lagi.

# Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

# Allah SWT meninggikan syahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.

TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :

# Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

# Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

# Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

# Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

MANUSIA DALAM KERUGIAN

Demi Masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.
Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu: 1.mereka yang beriman 2.beramal soleh 3.menasihati atas kebenaran dan 4.menasihati atas kesabaran
Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran danjuga atas kesabaran.
1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga disebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.
Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.
2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapisayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu.Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.
Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untukmelakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.
Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya,semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.
Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidakmeninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orangmampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Adaulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklahterlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan.Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Inibermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.
Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:




Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya), dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga. (Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukankita rasakan akibatnya nanti

Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang samameninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang.
3. Golonganketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yangmembela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenarandalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya.Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. Mengajar danmenyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugasdakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah
rugilahmanusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan initidak mempunyai nilai di sisi Allah.
Apasebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:

Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)
Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laailaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya.
Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.
Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat. Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidakberbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidakbercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM. Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyikmemperkatakanatau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatanaqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.
Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perluberterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.
4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhiryang beruntung dan tidak akan rugi.Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Diantara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis.Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat Perkara menguatkan badan
1- makan daging
2- memakai haruman
3- kerap mandi
4- berpakaian dari kapas

Empat Perkara melemahkan badan
1- banyak bekelamin [bsetubuh]
2- selalu cemas
3- banyak minum air ketika makan
4- banyak makan bahan yg masam

Empat Perkara menajamkan mata
1- Duduk menghadap kiblat
2- Bercelak sebelum tidur
3- Memandang yang hijau
4- Berpakaian bersih

Empat Perkara merosakkan mata
1- Memandang najis
2- Melihat org. dibunuh
3- Melihat kemaluan
4- Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
- tidak banyak berbual kosong
- rajin bersugi [gosok gigi]
- bercakap dgn. Org. soleh
- bergaul dgn. Para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk Memudahkan terjaga untuk solat malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

4. TIDUR SYAITAN

menelungkup seperti tidurnya ahli neraka
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM

BISMILLAH... (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan
barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah
dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada pembaca.

SURAHAL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali
sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya
akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40
darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya,
seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut
dalam hadith yang
lain:Barangsiapa membacanyaketika hendak tidur, nescaya Allah akan
membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur
menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada
malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar
Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan
menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali
ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyakyang mungkin
selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was
semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101
dari surah ini,keatasair lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala
bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang
kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara
dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikatiman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah
ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu. 

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapamembaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil,
nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan
terhindar darimimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah
ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia
yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah
ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiapsembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar
dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah
ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.
Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya
akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.

SURAHBANIISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca
ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki
yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di
akhirat.

SURAHTHAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang
subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAHAL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAHAL-MU'MINUN (Orang-orangMukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum
sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kalike atas air yang bersih, lalu air
itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari
gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak
akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55
dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna
dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat
31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.

SURAHAL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati
perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang
lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapisakaratul-maut,
nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam
satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar
surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya
sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang
siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam
Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua
ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika
membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang
siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata iamati pada malam itu,
mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika
dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan,
Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah
Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi
cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan
jin.

SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati."Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan
masuk neraka jahannam dengan hina."
[Al-Mukmin: 60]

Siapakah orang.....

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmunya begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

'life is short... make it sweet!!!~'

Renungan

Peringatan pada yang lupa...

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak
Diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang
Langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan. Hendak dijadikancerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susahhati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak
Pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke
sanasebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak bolehdiharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup
melakukan apa saja untuk ayahnya. Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,

Anis ialah ANAK-ISTERI, dan

Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yg lima .

Hadith mengatakan "KHAIRUL UMUURI AU SA TU
HA".(MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN
IALAH YANG
PERTENGAHAN).
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

*Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
*Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah
Menumpukmu
*Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
*Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

*Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
*Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
*Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
*Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"


Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

*Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
*Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

*Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
*Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
*Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

*Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
*Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
*Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

*Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
*Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
*Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

*Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang
Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

*Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
*Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
*Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

*Kini Kau Tinggal Seorang Diri
*Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
*Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
*Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
*Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
*Hari Ini,....
*Akan Kutunjukan Kepadamu
*Kasih Sayang-Ku
*Yang Akan Takjub Seisi Alam
*Aku Akan Menyayangimu
*Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

*Kembalilah Kepada Tuhanmu
*Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
*Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
*Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

sebutir Kurma

Treo 650
Treo 650


Untuk Renungan dan iktibar...

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke
mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari
pedagang tua di dekat masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma
tergeletak di dekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia
beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim
tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah
pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk
sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu
dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia
memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat
masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini
ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak
diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua
penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi
ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan
yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia
sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya
berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta
penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu
mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris
orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang
terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan
saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas
nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim Bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan,
akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah
mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim Bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba
tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim Bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir
kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat
penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini
telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk
ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Semoga bermanfaat.